Pages

29 June 2011

Israk Mikraj : Pengajaran Dan Tanggungjawab

Assalammualaikum Sahabat Sekalian~
Entry kali nih membawa kepada hakikat serta peringatan kepada saudara seIslam semua~

Apa yang kita paham tentang Israk Mikraj? ( 27 Rejab )




Israk - Perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjidil-Haram ( Makkah ) ke Masjidil-Aqsa ( Palestin ) dengan menaiki Buraq.

Manakala,

Mikraj - Perjalanan Rasulullah S.A.W menuju langit ke-7 , Sidratul Muntaha, 'Arasy dan Singgahsana ( Kursi ) Allah.

Peristiwa luar biasa ini bukan sahaja memaparkan Kehebatan Allah S.W.T malahan mempunyai hikmah serta pengajaran yang cukup berguna kepada Rasulullah S.A.W sendiri mahupun umatnya sekalian.

Selain itu, Rasulullah S.A.W diperlihatkan balasan kepada umatnya di Akhirat, keindahan Syurga serta Kecelakaan Neraka.

Salah satu peristiwa penting yang wajar kita tekankan ialah Solat Fardu lima waktu yang disyariatkan ketika itu. Peristiwa ini berlaku secara langsung iaitu Rasulullah S.A.W sendiri berdialog dengan Allah S.W.T.

Dalam kembara Israk Mikraj tersebut juga Allah S.W.T menunjukkan gambaran balasan orang yang meninggalkan Solat. Sekumpulan orang sedang memecahkan kepala mereka sendiri, setelah itu kepala mereka akan sembuh semula, perkara ini berterusan berkali-kali.

"Itulah kepala orang yang berat untuk sujud ( Solat )" 
kata Jibrail kepada Rasulullah.

Seterusnya, Rasulullah S.A.W juga ditunjukkan Perempuan yang digantung dengan rambut serta otak yang sedang mendidih. Dan mereka ialah Orang yang tidak mahu melindungi rambutnya dari dilihat oleh lelaki lain.

Banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa ini, so MF berharap entry ni sedikit sebanyak menambah lagi fahaman serta ilmu Agama yang kurang pada diri kita.
Walaupun MF ni masih cetek lagi tentang Agama tapi ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang Muslim, iaitu saling ingat mengingati, dan nasihat menasihati.

"Apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruknya datang dari diri MF sendiri"

4 comments:

Anif Abdullah| AA said...

semoga israj mikraj kali ini m'beri 1001 pngertian dlm hidup kita :)

Nadia Hj Samuri said...

bagus yer..dpt sket ilmu pd hari nie

iLiAiSyAhkaDir said...

manyak nyer ilmu. .

nak mintak tolong nie

Assalamualaikum and Good day everyone, nak minta tolong untuk

1) Like page GRADUAN
2) Like video ni
https://www.facebook.com/pages/GRADUAN/117229381067#!/permalink.php?story_fbid=141096115967060&id=117229381067&notif_t=like

terima kasih. mintak tolong sangat untuk LIKE

Nursyahira izzati Ngadimon said...

salam israk mikraj . semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah . insyaAllah :D