Pages

24 May 2011

Meningkatkan Motivasi Diri Sendiri



Assalammualaikum Para Sahabat Sekalian.
Entry kali ni aku nak kongsi sket tips untuk tingkatkan motivasi diri sendiri.

1. Imej
Lakukan perubahan dengan memperbaiki imej diri sendiri.
Contohnya beranikan diri dengan menggayakan diri dengan lebih kemas serta cantik supaya timbul keyakinan dari dalam diri sendiri.



2. Senaman
Lakukanlah senaman ringan sekurang2 nya, lebih elok jika dapat bersenam seperti joging dihujung minggu, senaman juga dapat menjadikan diri kekal cergas dan sihat. Jika kita dalam keadaan sihat, apa jua yang kita lakukan menjadi lebih yakin dan pasti.

3. Berfikiran Positif
Berfikiran positif menjadikan sesuatu perkara yang ingin dibuat menjadi lebih mudah. Selain itu, kita dapat menjalin hubungan sosial dengan lebih baik.

4. Teman
Jika dalam keadaan yang tidak stabil, kita memerlukan seseorang untuk meluahkan apa yang terbuku, perbuatan ini juga dapat mengurangkan stress yang kita hadapi.

5. Melakukan Perubahan
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan, jadikan seseorang sebagai mentor kita, "Jika Orang Lain Boleh Kenapa Tidak Kita?"

6. Lemparkan Senyuman
Senyuman itu sendiri sebagai satu sedekah, apa salahnya kita sentiasa memberi senyuman, kerana senyuman dapat mengubah segala-galanya.

7. Tegas
Bertegaslah dengan diri sendiri, terutamanya apabila mengambil sesuatu keputusan, berpegang teguhlah dengan keputusan itu. Letakkan sepenuh kepercayaan bahawa kita akan berjaya.

"Memang Sukar Untuk Mula Berubah Jika Kita Berada Dalam Zon Selesa, 
Jadi Mulakan Dengan Perlahan-lahan"

5 comments:

Shiema Sufian said...

setuju. semuanya penting :)
... jom join bloglist shiema :)

misyamissyou said...

hm..ade org xberupaye nk motivasikan diri sendiri, perlukan pertolongan org lain..but nice tips..tuk org yg leh motivasikan dri sndri..heehe

Unknown said...

good tips to be shared ! haha terasa di motivasi lak :P

Nadia Hj Samuri said...

yeah!!i'm the winner

Hanim Mahali said...

Lebih baik kita berubah jadi lebih baik perlahan-lahan daripada tidak melakukan apa-apa....Tips yang berguna...^_^